Keratan akhbar di atas pula berkaitan dengan Buku Teks yang merupakan salah satu daripada Pengurusan Sumber iaitu Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Dalam keratan akhbar di atas, adalah diperlukan merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka terlebih dahulu sebelum mencetak buku teks.
Syarikat konsesi yang dilantik untuk mencetak buku teks sekolah disaran merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum menerbitkannya bagi memastikan pelajar sekolah menerima bahan bacaan berkualiti.Timbalan Menteri Pendidikan 1, P. Kamalanathan berkata, sudah menjadi tanggungjawab syarikat berkenaan untuk menyediakan sumber bacaan yang baik tanpa kesalahan ejaan, ayat dan juga fakta.Beliau berkata, Kementerian Pendidikan juga akan mempertimbangkan untuk meningkatkan peratusan pemberian kerja-kerja mencetak kepada DBP sekiranya perlu dan memberi kebaikan.
Kualiti yang dimaksudkan di sini adalah seperti susunan kuras yang lengkap, tepat dan bercetak, muka surat yang bercetak, kualiti kertas, teks dan warna yang jelas serta sekata. Walau bagaimanapun, murid juga menerima buku yang rosak ketika proses penyerahan buku teks kepada murid-murid misalnya kerosakan dari segi muka surat tertanggal, kulit tertanggal atau koyak, dan muka surat hilang atau koyak. Keadaan buku teks begini bukan seratus peratus kesilapan dari pihak yang menghasilkan buku teks tetapi kemungkinan disebabkan keadaan bilik stor buku teks di sekolah yang tidak teratur. Oleh itu, Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS) di sekolah hendaklah dijaga dengan baik, kemas dan teratur demi penjagaan buku teks yang baik.
Keratan akhbar diatas memaparkan tajuk "Perkasa Pusat Sumber Sekolah" bersesuaian dengan topik Pengurusan Sumber bagi Pusat Sumber Sekolah (PSS). Pusat sumber sekolah memang patut diperkasakan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah kerana pusat sumber merupakan gedung ilmu dan sumber bagi pelajar. Adalah menjadi hasrat dan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara ini sehingga mencapai pendidikan bertaraf dunia.
Sehubungan dengan itu, perjawatan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah dapat memberi fokus ke arah memantapkan PSS sebagai pusat sumber sekolah bercirikan abad ke-21 di Malaysia. Pelantikan GPM (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 bertarikh 18 Julai 2005 – Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media) merupakan satu usaha kementerian untuk memantapkan pengurusan PSS. Bagi memperkasa pusat sumber sekolah, 3 elemen/unsur yang perlu ditekankan dalam PSS ialah ruang pembelajaran, teknologi, dan kandungan. Bagi elemen ruang, contoh ruang yang boleh disediakan ialah ruang membaca terbuka, ruang diskusi, ruang akses, ruang permainan pembelajaran, ruang bacaan riadah, dan ruang pembelajaran. Manakala elemen bagi teknologi seperti komputer atau capaian internet, radio/tv pendidikan, e-book/e-journal, dan laman web pusat sumber sekolah yang mempunyai banyak pautan. Seterusnya, elemen kandungan iaitu mengandungi bahan cetak, bukan cetak, dan digital yang sesuai dengan murid.

No comments:
Post a Comment