Keratan akhbar di atas diperoleh daripada akhbar Sinar Harian pada tahun 2018 yang bertajuk "KPM lancar kempen guru pembelajaran abad ke-21." Tajuk ini amat berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah. Bilik darjah adalah tempat yang kompleks dan sibuk serta mempunyai ciri-ciri yang khusus yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah (Doyle,1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.
Dr Maszlee dalam ucapan pelancarannya berkata PAK21 merupakan inisiatif kementerian dalam memperjuangkan pembelajaran berpusatkan murid dengan menumpukan kepada lima piawaian asas iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai dan sahsiah (4K1N).PAK21 merupakan ciri-ciri dan kemahiran yang perlu ada dalam setiap murid dalam mendepani cabaran abad ke-21.Guru-guru perlu bersedia dengan pedagogi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran agar kemahiran kendiri murid dapat ditingkatkan supaya sentiasa relevan dalam karier masing-masing.
Pelaksanaa bilik darjah abad ke-21 sememangnya membantu memperkasa mutu pembelajaran. Hal ini demikian kerana menurut Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (2018), garis panduan yang patut dipatuhi oleh guru kelas ada lah seperti berikut;
- kedudukan guru berhampiran dengan murid
- pemandangan murid jelas dan tidak terhalang
- ruang pergerakan yang selesa
- akses mudah kepada sumber pembelajaran
- penggunaan ruang pada dinding
- wujud ruang untuk aktiviti-aktiviti tertentu
- beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan, dan perabot
- kebersihan
- susunan kerusi meja murid yang fleksibel (tradisional, kumpulan kecil, seminar)
No comments:
Post a Comment