Sunday, June 23, 2019

PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


Keratan akhbar di atas diperoleh daripada akhbar Utusan Online yang bertajuk "Ambil dadah untuk hadapi peperiksaan."Menurut akhbar tersebut,Gara-gara mahukan 'tenaga' tambahan untuk mengulangkaji pelajaran pada saat-akhir bagi menghadapi peperiksaan di universiti, seorang lelaki terjebak dengan penyalahgunaan dadah jenis syabu dan menjadi penagih selama bertahun-tahun lamanya.Bekas pelajar lepasan Diploma Perniagaan dan Pengurusan itu berkata, hampir 50 peratus rakannya di universiti mengambil syabu kerana percaya dadah itu mampu memberi tenaga bagi membolehkan mereka bersengkang mata mengulang kaji pelajaran sepanjang musim peperiksaan.

Jika didapati terdapat pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, langkah yang patut diambil selain terdapat dalam buku kecil adalah ibu bapa/ penjaga pelajar mesti diberitahu segera, manakala pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat, kaunseling individu/berkelompok bagi mengubah tabiat ini. Selain itu, ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi manakala sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah, Rawatan dan Pemulihan, Perubatan, polis, PIBG, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah, PEMADAM, dan lain-lain.

     Kementerian Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggugjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanamkan perasaan benci, jijik, dan jelak dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. Untuk tujuan tersebut, KPM telah melancarkan Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) yang merupakan satu daripada program pencegahan dadah di mana  dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, peraduan melukis poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log. Seterusnya, mengharamkan pensil yang berbentuk suntikan ke sekolah, pelancaran program cuma limat minit Anti Dadah , dan pelaksanaan ujian urin di sekolah di mana pelajar yang dipilih adalah secara rawak.

No comments:

Post a Comment