Sunday, June 23, 2019

PENGURUSAN DISIPLIN


Keratan akhbar di atas memaparkan tajuk "Pegawai Polis di sekolah langkah proaktif tangani isu disiplin". Menurut Peraturan Keempat dalam Ordinan Pelajaran 1957 (Disiplin Sekolah), Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin pelajar. Manakala, menurut Pekeliling Ikhtisas Bil. 9(1975), mengatakan semua guru hendaklah faham bahawa mereka bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM), sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah disiplin, mahupun jenayah dalam kalangan pelajar dengan menempatkan pegawai mereka di setiap sekolah.Contoh terbaik ditunjukkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, yang menempatkan seorang atau dua pegawai mereka di semua sekolah rendah dan menengah di daerah berkenaan sejak dua tahun lalu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata tindakan berkenaan memberi manfaat kepada 85 buah sekolah di daerah Petaling Jaya, serta memberi lebih keyakinan kepada ibu bapa dan penjaga.

Berdasarkan Surat KPM, Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar. Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. bagi menjayakan program dan aktiviti di-sama sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan hala tuju yang sama. Contohnya, Pengetua, Guru Penolong Kanan1, Guru Penolong KAnan HEM, Penyelia Petang, Guru-guru Kaunseling, Guru Disiplin, Guru Tingkatan/Kelas dan Guru Agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.


No comments:

Post a Comment