Sunday, June 23, 2019

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Keratan akhbar di atas diperoleh daripada akhbar Utusan Online yang bertajuk "Pendidikan Khas realisasi matlamat inklusif."Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan tiada murid yang tercicir dan dinafikan hak daripada mendapat pendidikan berkualiti dan inklusif.Dalam hal berkenaan, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk memastikan golongan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di negara ini mendapat akses dan keperluan prasarana pendidikan yang lengkap dan sewajarnya.Bahkan usaha dan komitmen berterusan Bahagian Pendidikan Khas membangunkan golongan MBK terbukti tidak meletakkan mereka sebagai liabiliti sebalik­nya menjadi sebahagian daripada sumber modal insan negara.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian menitikberatkan ke­perluan prasarana untuk golongan MBK dengan melengkapkan sekolah-sekolah kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) meliputi kemudahan parkir OKU, susur landai (ramp), susur tangan (railing) dan tandas mesra OKU.Melalui Inisiatif Pe­ningkatan Akses kepada Pendidikan Inklusif Berkualiti, Bahagian Pendidikan Khas juga mengatur pelbagai aktiviti untuk mencapai pendi­dikan inklusif yang ber­kesan setanding dengan negara-negara maju.
Dalam sekolah pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bilik darjah biasa atau kelas perdana. Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa ditempatkan dalam bilik darjah sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap (Lerner, 2000). Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.  

   Seterusnya, pelajar bermasalah pembelajaran juga boleh pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber juga merupakan seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat membina pengajaran individu serta berkerjasama secara efetif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan juga cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.

No comments:

Post a Comment