Keratan akhbar yang bertajuk "Sistem kehadiran murid dalam talian" diperoleh daripada akhbar Harian Metro.Keratan akhbar tersebut amat berkait rapat dengan tajuk kelima iaitu Pengurusan Murid.
Dr Maszlee Malik berkata,ambil gambar murid dalam kelas dan rekod menerusi sistem dalam talian adalah antara pendekatan yang mahu dicetuskan menerusi inisiatif pengurusan data dan sistem dalam talian Kementerian Pendidikan.Ketika berucap, Maszlee mengumumkan lima inisiatif mengurangkan beban guru iaitu memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, pengurusan data dan sistem dalam talian, sekolah merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid, penyeragaman borang dan proses pemantauan serta penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah.
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
PENGURUSAN MURID:
-Profil murid,ibu bapa atau penjaga
-Enrolmen
-Kehadiran
-Bantuan dan kebajikan
-Pendaftaran,peralihan dan tingkatan 1
-Pendaftaran prasekolah
-Disiplin
-Agama
PERANAN GURU KELAS:
- Mengisi dan mengemas kini maklumat murid,ibu bapa dan penjaga.
- Memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini.
- Menyemak dan membetulkan ralat
- Melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT).
PERANAN GURU DATA:
- Membantu mengumpul,mengunci masuk data,memproses,menyimpan,mencetak,menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
No comments:
Post a Comment