Sunday, June 23, 2019

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT


Berdasarkan keratan akhbar diatas,Tanggungjawab guru sebagai pendidik, pembimbing dan pembentuk akhlak murid tidak akan terhenti sampai bila-bila.Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata namun, guru pada masa kini berdepan cabaran yang lebih hebat susulan perkembangan teknologi, pendedahan yang lebih luas dalam kalangan murid dan harapan ibu bapa yang berbeza membawa kepada perlunya pendekatan yang lebih dinamik.Idris berkata, beliau sentiasa mengatakan bahawa guru adalah kerjaya yang suci dan mulia kerana mereka ibarat pelukis dan anak muridnya umpama kain putih yang bakal dicorakkan dengan ilmu dan akhlak melalui didikan yang diberi.

Bimbingan di sini bermaksud suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan, dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966). Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Manakala, menurut Zuraidah (1994), penasihatan berpendapatan memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. 

Proses bimbingan dan penasihatan mempunyai 5 fasa iaitu Fasa 1 (kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar), Fasa 2 (menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan), Fasa 3 (proses mengenali pelajar), Fasa 4 (proses membimbing pelajar), dan Fasa 5 (analisis penilaian).

No comments:

Post a Comment