- Proses mempelajari peranan,status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
- Satu proses pembelajaran yang berterusan.Bermula dari pemindahan norma atau nilai dalam keluarga dan budaya.
- Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep.Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi.
Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada:
a.Perkembangan kognitif
b.Pemerolehan moral
c.Perkembangan kemahiran sosial
JENIS-JENIS SOSIALISASI:
- Sosialisasi Permulaan:Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang.Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa atau ahli keluarga bagi membina konsep diri,personaliti,kemahiran motor,penakulan dan kemahiran bahasa.
- Sosialisasi sekunder:Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lingkungan premier.Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton, sekolah, gender, kelas sosial dan ras.
- Sosialisasi semula:Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri atau cara hidup sedia ada.Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada, dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dan lain-lain.
FAKTOR-FAKTOR YANG MELINGKARI SOSIALISASI:
- Keluarga
- Agama
- Ekonomi
- Kerajaan/suasana persekitaran politik
- Pendidikan
AGEN-AGEN SOSIALISASI:
- Keluarga
- Guru
- Rakan
- Media massa
- Agama
APA ITU INTERAKSI?
Interaksi adalah proses saling bertindak /berhubung antara dua atau beberapa pihak. Misalnya, interaksi dua pihak adalah interaksi seorang guru dengan seorang muridnya manakala interaksi beberapa pihak seperti interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. Konsep interaksi juga terbahgi kepada dua iaitu interaksi lisan dan bukan lisan.
Terdapat tiga jenis utama interaksi iaitu interaksi sehala/pasif, interaksi dua hala, dan interaksi kumpulan.
Terdapat tiga jenis utama interaksi iaitu interaksi sehala/pasif, interaksi dua hala, dan interaksi kumpulan.
JENIS-JENIS INTERAKSI:
1.Interaksi sehala menggunakan gaya kepimpinan aktiviti pembeljaran secara AUTOKRATIK kerana pembelajaran berpusat kepada guru. Guru sebagai penyampai maklumat tetapi murid bersikap pasif, jarang berkomunikasi dengan guru atau murid yang lain. Jenis interaksi ini kurang berkesan jika diamalkan semasa P&P tetapi sesuai untuk memberi arahan/taklimat kepada murid.
2.Interaksi dua hala berlaku penyertaan murid dalam P&P melalui interaksi guru-murid. Guru akan bertanya kepada murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid. Murid juga akan betanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran. Tetapi interaksi antara murid-murid tidak berlaku.
3.Interaksi kumpulan pula menggunakna gaya kepimpianan aktiviti pembelajaran secara DEMOKRATIK. Interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid. Guru bertindak sebagai fasilitator dan murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi. Interaksi ini dapat mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, toleransi, bertukar fikiran dan tolong-menolong. Interaksi ini sering diamalkan dalam tugasan amali, projek, dan pembentangan.
No comments:
Post a Comment