Keratan di atas didapati daripada laman web Astro Awani yang bertajuk "41 pengetua prestasi cemerlang ditempatkan di sekolah 'harapan' ".Tajuk keratan akhbar ini berkait dengan tajuk keempat iaitu Kepimpinan dan organisasi.
Dalam keratan akhbar tersebut,Menteri Pendidikan iaitu Dr.Maszlee Malik yang menghadiri satu majlis di Genting Highlands telah menyerahkan Watikah Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) Kohort 2018 kepada seramai 41 orang Pengetua Berprestasi Cemerlang.Dr Maszlee Malik berkata, penempatan pengetua-pengetua berprestasi cemerlang di sekolah berprestasi rendah atau sekolah-sekolah mencabar di bawah program ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada kecemerlangan kepimpinan pengetua di sekolah terdahulu.Kata beliau, jatuh bangun dan kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada kualiti dan kecekapan ahlinya, malahan yang lebih penting ialah kualiti kepimpinan organisasi tersebut.Dr Maszlee Malik juga memberitahu, bagi merealisasikan dasar dan aspirasi pendidikan negara secara langsung dan memastikan kemenjadian murid pada peringkat pelaksanaan, kepemimpinan sekolah yang utuh profesionalismenya dan bersikap transformasional adalah amat penting.ProPeKS yang mendokong aspirasi Anjakan 5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memastikan setiap sekolah dipimpin oleh pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi adalah suatu usaha yang kritikal dalam memastikan setiap anak mendapat pendidikan berkualiti.
Gaya kepimpinan yang berkesan akan meningkatkan keberkesanan sesbuah organisasi. Menurut Tannenbaun dan Schmidt (1958) dalam Nursya'bani Purnama (2003), terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi gaya kepimpinan seseorang pemimpin. Beliau mencadangkan seseorang pemimpin hendaklah memikirkan tiga daya pengerak sebelum memilih sesuatu haya kepimpinan iaitu daya pengerak dalam pemimpin, daya pengerak dalam diri pekerja atau pengikut, dan daya pengerak berdasarkan situasi. Bermakna dalam konteks sokolah seseorang pemimipin perlu mebuat jangkaan tentang gaya yang bakal digunakan supaya guru-guru di sekolah dapat bekerja dengan berkesan terutama bagi memastikan misi dan visi Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) dapat direalisasikan. Misalnya jika menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986, guru-guru perlu bekerjasama dan berkongsi fikiran, penegalaman dan kepakaran dalam mengurus panitia yang dianggap sebagai medan menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar dan meningkatkan motivasi mereka.
Justeru, melalui perbincangan di atas kepimpinan dan organisasi yang sistematik di sekolah begitu penting bagi melancarkan semua gerak kerja dalam sesebuah sekolah. Kepimpinan dan organisasi yang teratur juga memberi impak terhadap kejayaan akademik dan kokurikulum sekolah.
No comments:
Post a Comment