Keratan akhbar di atas diperoleh daripada akhbar Harian Metro yang bertajuk "Murid lencun bumbung kelas tercabut."Menurut akhbar tersebut,seramai 18 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, Arau yang sedang belajar basah kuyup selepas bumbung kelas tercabut akibat ribut, hari ini.Guru Besarnya, Azhar Darus berkata, dalam kejadian 8 pagi itu, semua murid berkenaan baharu masuk ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran subjek Bahasa Melayu.
BILIK PEMBELAJARAN:
BILIK PEMBELAJARAN:
- Umumnya, bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru dan pelajar.
- Khususnya, ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
- Biasanya mempunyai perabot meja (guru dan pelajar),almari,papan kenyataan dan papan hitam/putih.
- Bagi mata pelajaran tertentu,perabot dan dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan.
Bilik pembelajaran merangkumi bilik darjah, makmal sains, bilik PSV, bilik muzik, Makmal ICT, bengkel, dan bilik gynasium. Manakala carta organisasi secara umumnya adalah terdiri daripada Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC), Pengurusan dan Penyelenggaraan, Pengurusan Stok, Keselamatan, dan Kebersihan & Keceriaan. Bilik pemeblajaran selalunya mempunyai terapeutik, perabot yang sesuai, bahan PdPc, alat PdPc, peralatan mengikut subjek, bahagian pameran, singki, stor & bilik persediaan, poster, dan papan maklumat.
No comments:
Post a Comment