Sunday, June 23, 2019

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS3014

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS3014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seorang watak daripada kumpulan N. 

Watak dalam kelas saya telah memilih seorang yang sudah saya kenal sebelum ini dan dia juga sekelas dengan saya.Di sini saya memilih seorang perempuan iaitu yang bernama Nur Izzatul Anin Bt Salmee.Anin adalah nama panggilan saya terhadapnya.Anin merupakan seorang gadis yang bertubuh kecil molek.Seorang yang berkaca mata,berkulit hitam manis dan seorang yang sangat pemalu.Anin berasal dari Beseri,Perlis.

Sebab saya memilih Anin sebagai watak ialah kerana dia baik hati orangnya.Bukan itu sahaja,dia juga rajin,tegas dan suka menolong orang dalam kesusahan.Apabila saya menghadapi masalah dalam kerja amali dan assignment,Anin dengan rela hati menolong saya dan tak kedekut ilmu.Anin telah banyak menolong saya dalam mengajar apa yang saya tidak faham dalam pembelajaran.Anin juga ialah amat cermat orangnya..hehe..itu sahaja daripada saya..sekian terima kasih.




PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


Keratan akhbar di atas diperoleh daripada akhbar Utusan Online yang bertajuk "Ambil dadah untuk hadapi peperiksaan."Menurut akhbar tersebut,Gara-gara mahukan 'tenaga' tambahan untuk mengulangkaji pelajaran pada saat-akhir bagi menghadapi peperiksaan di universiti, seorang lelaki terjebak dengan penyalahgunaan dadah jenis syabu dan menjadi penagih selama bertahun-tahun lamanya.Bekas pelajar lepasan Diploma Perniagaan dan Pengurusan itu berkata, hampir 50 peratus rakannya di universiti mengambil syabu kerana percaya dadah itu mampu memberi tenaga bagi membolehkan mereka bersengkang mata mengulang kaji pelajaran sepanjang musim peperiksaan.

Jika didapati terdapat pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, langkah yang patut diambil selain terdapat dalam buku kecil adalah ibu bapa/ penjaga pelajar mesti diberitahu segera, manakala pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat, kaunseling individu/berkelompok bagi mengubah tabiat ini. Selain itu, ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi manakala sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah, Rawatan dan Pemulihan, Perubatan, polis, PIBG, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah, PEMADAM, dan lain-lain.

     Kementerian Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggugjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanamkan perasaan benci, jijik, dan jelak dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. Untuk tujuan tersebut, KPM telah melancarkan Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) yang merupakan satu daripada program pencegahan dadah di mana  dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, peraduan melukis poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log. Seterusnya, mengharamkan pensil yang berbentuk suntikan ke sekolah, pelancaran program cuma limat minit Anti Dadah , dan pelaksanaan ujian urin di sekolah di mana pelajar yang dipilih adalah secara rawak.

PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


Keratan akhbar di atas diperoleh daripada Sinar Harian yang bertajuk "Dana PIBG selalu tak cukup."DANA Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) untuk melaksanakan sebarang program atau membaiki infrastruktur sekolah sentiasa tidak mencukupi kerana sikap ibu bapa yang enggan memberikan sumbangan.Yang Dipertua PIBG SK Seksyen 27 (2), Mohd Zamri Mohd Yusoff berkata, ia akan menyebabkan PIBG tidak dapat menyediakan lebih banyak aktiviti selain menyebabkan pelajar tidak dapat belajar dalam persekitaran selesa kerana masalah infrastruktur.

PIBG atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan satu persatuan yang penting dalam sekolah. Di mana hubungan sekolah dan masyarakat merupakan satu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga interaksi luar sekolah. Berikut ialah bentuk jalinan tiga dimensi interaksi sekolah,

 Di sekolah tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, dan murid. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah misalnya faktor kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faltor dalaman adalah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbangkan kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Berikut adalah hubungan tiga dimensi sekolah-ibu bapa-komuniti dalam mencapai matlamat sekolah.

  Hubungan tiga dimensi antara sekolah,ibubapa, dan masyarakat dapat membentuk perkongsian pintar kerana dapat mencapai matlamat atau objektif yang sama, perlu ada hubungan yang mantap dan akrab, dann gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat. Antara kepentingan perkongsian ini adalah, masyarakat dan sekolah salin memerlukan, sekolah sebagai agen perubahan masyarakat, masalah masyaralat merupakan masalah sekolah juga, dan budaya adalah hak masyarakat. Hubungan Sekolah dan Ibu Bapa (PIBG) di mana ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

     Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Selain itu, peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pecapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.


PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Keratan akhbar di atas diperoleh daripada akhbar Utusan Online yang bertajuk "Pendidikan Khas realisasi matlamat inklusif."Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan tiada murid yang tercicir dan dinafikan hak daripada mendapat pendidikan berkualiti dan inklusif.Dalam hal berkenaan, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk memastikan golongan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di negara ini mendapat akses dan keperluan prasarana pendidikan yang lengkap dan sewajarnya.Bahkan usaha dan komitmen berterusan Bahagian Pendidikan Khas membangunkan golongan MBK terbukti tidak meletakkan mereka sebagai liabiliti sebalik­nya menjadi sebahagian daripada sumber modal insan negara.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian menitikberatkan ke­perluan prasarana untuk golongan MBK dengan melengkapkan sekolah-sekolah kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) meliputi kemudahan parkir OKU, susur landai (ramp), susur tangan (railing) dan tandas mesra OKU.Melalui Inisiatif Pe­ningkatan Akses kepada Pendidikan Inklusif Berkualiti, Bahagian Pendidikan Khas juga mengatur pelbagai aktiviti untuk mencapai pendi­dikan inklusif yang ber­kesan setanding dengan negara-negara maju.
Dalam sekolah pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bilik darjah biasa atau kelas perdana. Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa ditempatkan dalam bilik darjah sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap (Lerner, 2000). Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.  

   Seterusnya, pelajar bermasalah pembelajaran juga boleh pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber juga merupakan seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat membina pengajaran individu serta berkerjasama secara efetif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan juga cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Keratan akhbar diatas diperoleh daripada akhbar Utusan Online yang bertajuk "Cabaran Pendidikan Silang Budaya."MENGINTEGRASIKAN penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar sosiobudaya adalah cabaran semenjak kemerdekaan negara. Menyedari hakikat itu, pelbagai konsep dan kempen ke arah pengintegrasian telah dilakukan seperti identiti nasional, bangsa Malaysia, jati diri kebangsaan sehinggalah kepada 1Malaysia.Sejarah telah menunjukkan bahawa hasrat tersebut dirangka dengan rapi dan sistematik terutama dalam bidang pendidikan. Penggubalan kurikulum standard, penubuhan Sekolah Wawasan, pengenalan pembelajaran bahasa ketiga, Rancangan Integrasi Murid untuk perpaduan (RIMUP) serta kurikulum untuk perpaduan adalah antara usaha-usaha yang dilakukan sejak dari dulu lagi.


DEFINISI PELBAGAI BUDAYA.

  • Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sesebuah organisasi dan masyarakat,mengakui dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA BERKESAN:
  1. Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.
  2. Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran kognitif dan afektif.
  3. Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.

PENDEKATAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA:
  1. Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar.
  2. Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar.

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT


Berdasarkan keratan akhbar diatas,Tanggungjawab guru sebagai pendidik, pembimbing dan pembentuk akhlak murid tidak akan terhenti sampai bila-bila.Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata namun, guru pada masa kini berdepan cabaran yang lebih hebat susulan perkembangan teknologi, pendedahan yang lebih luas dalam kalangan murid dan harapan ibu bapa yang berbeza membawa kepada perlunya pendekatan yang lebih dinamik.Idris berkata, beliau sentiasa mengatakan bahawa guru adalah kerjaya yang suci dan mulia kerana mereka ibarat pelukis dan anak muridnya umpama kain putih yang bakal dicorakkan dengan ilmu dan akhlak melalui didikan yang diberi.

Bimbingan di sini bermaksud suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan, dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966). Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Manakala, menurut Zuraidah (1994), penasihatan berpendapatan memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. 

Proses bimbingan dan penasihatan mempunyai 5 fasa iaitu Fasa 1 (kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar), Fasa 2 (menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan), Fasa 3 (proses mengenali pelajar), Fasa 4 (proses membimbing pelajar), dan Fasa 5 (analisis penilaian).

PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


Keratan akhbar di atas diperoleh daripada akhbar Harian Metro yang bertajuk "Murid lencun bumbung kelas tercabut."Menurut akhbar tersebut,seramai 18 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, Arau yang sedang belajar basah kuyup selepas bumbung kelas tercabut akibat ribut, hari ini.Guru Besarnya, Azhar Darus berkata, dalam kejadian 8 pagi itu, semua murid berkenaan baharu masuk ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran subjek Bahasa Melayu.

BILIK PEMBELAJARAN:

  • Umumnya, bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru dan pelajar.
  • Khususnya, ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • Biasanya mempunyai perabot meja (guru dan pelajar),almari,papan kenyataan dan papan hitam/putih.
  • Bagi mata pelajaran tertentu,perabot dan dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan.

Bilik pembelajaran merangkumi bilik darjah, makmal sains, bilik PSV, bilik muzik, Makmal ICT, bengkel, dan bilik gynasium. Manakala carta organisasi secara umumnya adalah terdiri daripada Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC), Pengurusan dan Penyelenggaraan, Pengurusan Stok, Keselamatan, dan Kebersihan & Keceriaan. Bilik pemeblajaran selalunya mempunyai terapeutik, perabot yang sesuai, bahan PdPc, alat PdPc, peralatan mengikut subjek, bahagian pameran, singki, stor & bilik persediaan, poster, dan papan maklumat.

PENGURUSAN DISIPLIN


Keratan akhbar di atas memaparkan tajuk "Pegawai Polis di sekolah langkah proaktif tangani isu disiplin". Menurut Peraturan Keempat dalam Ordinan Pelajaran 1957 (Disiplin Sekolah), Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin pelajar. Manakala, menurut Pekeliling Ikhtisas Bil. 9(1975), mengatakan semua guru hendaklah faham bahawa mereka bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM), sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah disiplin, mahupun jenayah dalam kalangan pelajar dengan menempatkan pegawai mereka di setiap sekolah.Contoh terbaik ditunjukkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, yang menempatkan seorang atau dua pegawai mereka di semua sekolah rendah dan menengah di daerah berkenaan sejak dua tahun lalu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata tindakan berkenaan memberi manfaat kepada 85 buah sekolah di daerah Petaling Jaya, serta memberi lebih keyakinan kepada ibu bapa dan penjaga.

Berdasarkan Surat KPM, Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar. Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. bagi menjayakan program dan aktiviti di-sama sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan hala tuju yang sama. Contohnya, Pengetua, Guru Penolong Kanan1, Guru Penolong KAnan HEM, Penyelia Petang, Guru-guru Kaunseling, Guru Disiplin, Guru Tingkatan/Kelas dan Guru Agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.


PENGURUSAN SUMBER (PSS & SPBT)



Keratan akhbar di atas pula berkaitan dengan Buku Teks yang merupakan salah satu daripada Pengurusan Sumber iaitu Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Dalam keratan akhbar di atas, adalah diperlukan merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka terlebih dahulu sebelum mencetak buku teks.

Syarikat konsesi yang dilantik untuk men­cetak buku teks sekolah disaran merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum menerbitkannya bagi memastikan pelajar sekolah menerima bahan bacaan berkualiti.Timbalan Menteri Pendidikan 1, P. Kamalanathan berkata, sudah menjadi tanggungjawab syarikat berkenaan untuk menyediakan sumber bacaan yang baik tanpa kesalahan ejaan, ayat dan juga fakta.Beliau berkata, Kementerian Pendidikan juga akan mempertimbangkan untuk meningkatkan peratusan pemberian kerja-kerja men­cetak kepada DBP sekiranya perlu dan memberi kebaikan.
Kualiti yang dimaksudkan di sini adalah seperti susunan kuras yang lengkap, tepat dan bercetak, muka surat yang bercetak, kualiti kertas, teks dan warna yang jelas serta sekata. Walau bagaimanapun, murid juga menerima buku yang rosak ketika proses penyerahan buku teks kepada murid-murid misalnya kerosakan dari segi muka surat tertanggal, kulit tertanggal atau koyak, dan muka surat hilang atau koyak. Keadaan buku teks begini bukan seratus peratus kesilapan dari pihak yang menghasilkan buku teks tetapi kemungkinan disebabkan keadaan bilik stor buku teks di sekolah yang tidak teratur. Oleh itu, Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS) di sekolah hendaklah dijaga dengan baik, kemas dan teratur demi penjagaan buku teks yang baik.


Keratan akhbar diatas memaparkan tajuk "Perkasa Pusat Sumber Sekolah" bersesuaian dengan topik Pengurusan Sumber bagi Pusat Sumber Sekolah (PSS). Pusat sumber sekolah memang patut diperkasakan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah kerana pusat sumber merupakan gedung ilmu dan sumber bagi pelajar. Adalah menjadi hasrat dan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara ini sehingga mencapai pendidikan bertaraf dunia.

     Sehubungan dengan itu, perjawatan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah dapat memberi fokus ke arah memantapkan PSS sebagai pusat sumber sekolah bercirikan abad ke-21 di Malaysia. Pelantikan GPM (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 bertarikh 18 Julai 2005 – Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media) merupakan satu usaha kementerian untuk memantapkan pengurusan PSS. Bagi memperkasa pusat sumber sekolah, 3 elemen/unsur yang perlu ditekankan dalam PSS ialah ruang pembelajaran, teknologi, dan kandungan. Bagi elemen ruang, contoh ruang yang boleh disediakan ialah ruang membaca terbuka, ruang diskusi, ruang akses, ruang permainan pembelajaran, ruang bacaan riadah, dan ruang pembelajaran. Manakala elemen bagi teknologi seperti komputer atau capaian internet, radio/tv pendidikan, e-book/e-journal, dan laman web pusat sumber sekolah yang mempunyai banyak pautan. Seterusnya, elemen kandungan iaitu mengandungi bahan cetak, bukan cetak, dan digital yang sesuai dengan murid.

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Keratan akhbar di atas diperoleh daripada akhbar Sinar Harian pada tahun 2018 yang bertajuk "KPM lancar kempen guru pembelajaran abad ke-21." Tajuk ini amat berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah. Bilik darjah adalah tempat yang kompleks dan sibuk serta mempunyai ciri-ciri yang khusus yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah (Doyle,1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.


Dr Maszlee dalam ucapan pelancarannya berkata PAK21 merupakan inisiatif kementerian dalam memperjuangkan pembelajaran berpusatkan murid dengan menumpukan kepada lima piawaian asas iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai dan sahsiah (4K1N).PAK21 merupakan ciri-ciri dan kemahiran yang perlu ada dalam setiap murid dalam mendepani cabaran abad ke-21.Guru-guru perlu bersedia dengan pedagogi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran agar kemahiran kendiri murid dapat ditingkatkan supaya sentiasa relevan dalam karier masing-masing.

Pelaksanaa bilik darjah abad ke-21 sememangnya membantu memperkasa mutu pembelajaran. Hal ini demikian kerana menurut Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (2018), garis panduan yang patut dipatuhi oleh guru kelas ada lah seperti berikut;
  • kedudukan guru berhampiran dengan murid
  • pemandangan murid jelas dan tidak terhalang
  • ruang pergerakan yang selesa
  • akses mudah kepada sumber pembelajaran
  • penggunaan ruang pada dinding
  • wujud ruang untuk aktiviti-aktiviti tertentu
  • beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan, dan perabot
  • kebersihan
  • susunan kerusi meja murid yang fleksibel (tradisional, kumpulan kecil, seminar)



PENGURUSAN MURID


Keratan akhbar yang bertajuk "Sistem kehadiran murid dalam talian" diperoleh daripada akhbar Harian Metro.Keratan akhbar tersebut amat berkait rapat dengan tajuk kelima iaitu Pengurusan Murid.

Dr Maszlee Malik berkata,ambil gambar murid dalam kelas dan rekod menerusi sistem dalam talian adalah antara pendekatan yang mahu dicetuskan menerusi inisiatif pengurusan data dan sistem dalam talian Kementerian Pendidikan.Ketika berucap, Maszlee mengumumkan lima inisiatif mengurangkan beban guru iaitu memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, pengurusan data dan sistem dalam talian, sekolah merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid, penyeragaman borang dan proses pemantauan serta penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah.


SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)


PENGURUSAN MURID:


-Profil murid,ibu bapa atau penjaga
-Enrolmen
-Kehadiran
-Bantuan dan kebajikan
-Pendaftaran,peralihan dan tingkatan 1
-Pendaftaran prasekolah
-Disiplin
-Agama


PERANAN GURU KELAS:

  1. Mengisi dan mengemas kini maklumat murid,ibu bapa dan penjaga.
  2. Memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini.
  3. Menyemak dan membetulkan ralat
  4. Melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT).

PERANAN GURU DATA:
  1. Membantu mengumpul,mengunci masuk data,memproses,menyimpan,mencetak,menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


Keratan di atas didapati daripada laman web Astro Awani yang bertajuk "41 pengetua prestasi cemerlang ditempatkan di sekolah 'harapan' ".Tajuk keratan akhbar ini berkait dengan tajuk keempat iaitu Kepimpinan dan organisasi.


Dalam keratan akhbar tersebut,Menteri Pendidikan iaitu Dr.Maszlee Malik yang menghadiri satu majlis di Genting Highlands telah menyerahkan Watikah Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) Kohort 2018 kepada seramai 41 orang Pengetua Berprestasi Cemerlang.Dr Maszlee Malik berkata, penempatan pengetua-pengetua berprestasi cemerlang di sekolah berprestasi rendah atau sekolah-sekolah mencabar di bawah program ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada kecemerlangan kepimpinan pengetua di sekolah terdahulu.Kata beliau, jatuh bangun dan kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada kualiti dan kecekapan ahlinya, malahan yang lebih penting ialah kualiti kepimpinan organisasi tersebut.Dr Maszlee Malik juga memberitahu, bagi merealisasikan dasar dan aspirasi pendidikan negara secara langsung dan memastikan kemenjadian murid pada peringkat pelaksanaan, kepemimpinan sekolah yang utuh profesionalismenya dan bersikap transformasional adalah amat penting.ProPeKS yang mendokong aspirasi Anjakan 5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memastikan setiap sekolah dipimpin oleh pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi adalah suatu usaha yang kritikal dalam memastikan setiap anak mendapat pendidikan berkualiti.

Gaya kepimpinan yang berkesan akan meningkatkan keberkesanan sesbuah organisasi. Menurut Tannenbaun dan Schmidt (1958) dalam Nursya'bani Purnama (2003), terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi gaya kepimpinan seseorang pemimpin. Beliau mencadangkan seseorang pemimpin hendaklah memikirkan tiga daya pengerak sebelum memilih sesuatu haya kepimpinan iaitu daya pengerak dalam pemimpin, daya pengerak dalam diri pekerja atau pengikut, dan daya pengerak berdasarkan situasi. Bermakna dalam konteks sokolah seseorang pemimipin perlu mebuat jangkaan tentang gaya yang bakal digunakan supaya guru-guru di sekolah dapat bekerja dengan berkesan terutama bagi memastikan misi dan visi Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) dapat direalisasikan. Misalnya jika menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986, guru-guru perlu bekerjasama dan berkongsi fikiran, penegalaman dan kepakaran dalam mengurus panitia yang dianggap sebagai medan menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar dan meningkatkan motivasi mereka.




     Justeru, melalui perbincangan di atas kepimpinan dan organisasi yang sistematik di sekolah begitu penting bagi melancarkan semua gerak kerja dalam sesebuah sekolah. Kepimpinan dan organisasi yang teratur juga memberi impak terhadap kejayaan akademik dan kokurikulum sekolah.

Saturday, June 22, 2019

KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN



Makna Pengurusan?

  • Pengurusan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan,2004).
  • Pengurusan ialah satu proses merancang,mengelola,memimpin,dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
  • Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984).
  • Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan,manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).

Kaedah Pengurusan yang biasa digunakan ialah:
  1. Pendekatan dan Kaedah Pengurusan:
  • Berpusatkan Pelajar
  • Berpusatkan Guru
  • Berpusatkan Bahan
  • Berpusatkan Pelajar, bahan dan guru.
      2.Pendekatan dan kaedah khusus:
  • Pengurusan Tempat Pembelajaran
  • Pengurusan Tempat
  • Pengurusan Masa
  • Pengurusan Siapa yang Mengajar
      3.Konsep Guru dan Profesional


Makna Pembelajaran.


-Prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang menjelaskan bagaimana suatu proses       pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di bilik darjah.


Prinsip Pembelajaran:


  1. Latihan
  2. Kondusif
  3. Bermatlamat
  4. Penglibatan aktif
  5. Persediaan awal
  6. Mengkaji murid
  7. Dorongan murid
Faktor mempengaruhi kesediaan belajar:
  1. Kematangan fizikal
  2. Mengekalkan perhatian
  3. Dorongan 
  4. Sosial dan persekitaran
  5. Pengalaman sedia
Kajian-kajian untuk meningkatkan Standard Kualiti:
  1. Kaedah pemebelajaran semasa
  2. Teknik pengajaran yang sesuai dengan keadaan semasa
  3. Isu-isu dan perubahan sistem pembelajaran kini
  4. Buku teks
  5. Perbandingan sosiologi murid zaman kini



KONSEP SOSIALISASI

  • Proses mempelajari peranan,status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
  • Satu proses pembelajaran yang berterusan.Bermula dari pemindahan norma atau nilai dalam keluarga dan budaya.
  • Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep.Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi.
Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada:

a.Perkembangan kognitif

b.Pemerolehan moral

c.Perkembangan kemahiran sosial


JENIS-JENIS SOSIALISASI:
  1. Sosialisasi Permulaan:Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang.Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa atau ahli keluarga bagi membina konsep diri,personaliti,kemahiran motor,penakulan dan kemahiran bahasa.
  2. Sosialisasi sekunder:Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lingkungan premier.Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton, sekolah, gender, kelas sosial dan ras.
  3. Sosialisasi semula:Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri atau cara hidup sedia ada.Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada, dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dan lain-lain.

FAKTOR-FAKTOR YANG MELINGKARI SOSIALISASI:
  • Keluarga 
  • Agama
  • Ekonomi
  • Kerajaan/suasana persekitaran politik
  • Pendidikan

AGEN-AGEN SOSIALISASI:
  1. Keluarga 
  2. Guru
  3. Rakan
  4. Media massa
  5. Agama
APA ITU INTERAKSI?

Interaksi adalah proses saling bertindak /berhubung antara dua atau beberapa pihak. Misalnya, interaksi dua pihak adalah interaksi seorang guru dengan seorang muridnya manakala interaksi beberapa pihak seperti interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. Konsep interaksi juga terbahgi kepada dua iaitu interaksi lisan dan bukan lisan. 

Terdapat tiga jenis utama interaksi iaitu interaksi sehala/pasif, interaksi dua hala, dan interaksi kumpulan.


JENIS-JENIS INTERAKSI:

1.Interaksi sehala menggunakan gaya kepimpinan aktiviti pembeljaran secara AUTOKRATIK kerana pembelajaran berpusat kepada guru. Guru sebagai penyampai maklumat tetapi murid bersikap pasif, jarang berkomunikasi dengan guru atau murid yang lain. Jenis interaksi ini kurang berkesan jika diamalkan semasa P&P tetapi sesuai untuk memberi arahan/taklimat kepada murid.

2.Interaksi dua hala berlaku penyertaan murid dalam P&P melalui interaksi guru-murid. Guru akan bertanya kepada murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid. Murid juga akan betanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran. Tetapi interaksi antara murid-murid tidak berlaku.

3.Interaksi kumpulan pula menggunakna gaya kepimpianan aktiviti pembelajaran secara DEMOKRATIK. Interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid. Guru bertindak sebagai fasilitator dan murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi. Interaksi ini dapat mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, toleransi, bertukar fikiran dan tolong-menolong. Interaksi ini sering diamalkan dalam tugasan amali, projek, dan pembentangan.



SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


PENGERTIAN SOSIOLOGI 
Menurut Ottoway (1964) sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain, sosiologi pendidikan melihat pendidikan dari segi perspektif sosiologi.
PERKEMBANGAN ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN 
  • Sebuah kajian saintifik mengenai  hubungan kemasyarakatan manusia dan tingkah laku sosial manusia dari pelbagai aspek.
  • Ilmu sosiologi bertujuan untuk menyelidik, memahami dan mengetahui struktur domain dalam masyarakat serta faktor yang dapat menyatukan atau melemahkan sesebuah kumpulan.
  • Bagi mempelajari  kehidupan masyarakat yang berubah akibat daripada pelbagai fenomena sosial.
  • Secara umum, sosiologi  meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia secara berkelompok.
      Penyatuan antara sosiologi dan pendidikan melahirkan sosiologi pendidikan. Namun,  bidang ini berkembang secara berasingan iaitu para pendidik dan ahli sosiologi. Terdapat beberapa masalah yang timbul dalam usaha menetapkan sebuah identiti bagi disiplin sosiologi pendidikan. Antara ahli sosiologi yang banyak mempengaruhi sosiologi pendidikan ialah Auguste Comete, Emile Durheim, Herbert Spencer, Edward Ross, Charles Cooley, Albion Small dan Lester Ward jika dibandingkan dengan pengaruh para pendidik seperti Horace Mann, John Dewey dan Franklin Bobbit.
PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN 
Pendekatan kajian yang dipraktikkan dalam sosiologi pendidikan dapat dibahagi kepada dua bentuk iaitu pendekatan mikro dan pendekatan makro. Pendekatan makro amat berkait rapat dengan teori fungsionalisme dan teori konflik manakala pendekatan mikro melibatkan teori interaksionisme simbolik.
3 Teori Utama :   
  • Teori Fungsionalisme
  • Teori Konflik
  • Teori Interaksionisme Simbolik
TEORI FUNGSIONALISME                 
Menyatakan bahawa setiap ahli masyarakat dan institusi dalam sesebuah komuniti saling bergantung antara satu sama lain. Contohnya, pelajar di sekolah bergantung terhadap guru bagi memperolehi ilmu, guru pula bergantung kepada kurikulum yang mereka akan terapkan dalam proses mengajar. Pendekatan teori ini diibaratkan seperti setiap anggota badan manusia mempunyai peranan yang tersendiri dan setiap daripada anggota tersebut bergantung antara satu sama lain untuk berfungsi. Teori ini bertujuan untuk  melahirkan masyarakat yang harmoni agar dapat memastikan kestabilan negara.
TEORI KONFLIK 
Teori konflik ini melibatkan ketegangan yang berlaku antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat bagi memperoleh kepentingan yang diingini. Max Weber adalah individu yang telah mengaitkan teori konflik dengan pendidikan. Beliau menegaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah mendidik pelajar tentang status budaya. Penglibatan kuasa dan kepentingan mewujudkan konflik antara individu dan kumpulan maka mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut. Contohnya, para guru perlu melakukan tugas-tugas pentadbiran dan pada masa yang sama juga mesti melakukan tugas mengajar. Dari segi perspektif pelajar pula mereka perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang  kerana tekanan oleh ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya. Oleh itu, timbullah konflik kerana anak tersebut perlu sering mengulang kaji pelajaran dan mengurangkan  sesi bermain.
TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK 
Teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan teori konflik yang terlalu bergantung kepada manusia secara keseluruhan dan didasari oleh sistem sosial. Teori interaksionisme beranggapan bahawa manusia bukanlah makhluk yang pasif dan memerlukan interaksi sosial untuk membentuk sebuah realiti. Teori ini berfokuskan penelitian  makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat seperti antara guru dan pelajar. Contohnya, membuat kajian bagaimana  pelajar  mempunyai perangai yang tidak baik di sekolah dengan membuat penelitian terhadap cara mereka berinteraksi dengan guru.
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI PENDIDIKAN 
IBNU KHALDUN  :  
Ibnu Khaldun telah mewujudkan pemikiran yang baru iaitu sistem sosial manusia yang boleh berlaku perubahan mengikut beberapa faktor seperti kemampuan pola pemikiran manusia, pengaruh iklim, makanan, emosi serta jiwa individu tersebut. Di samping itu, beliau menyatakan bahawa pola pemikiran manusia berkembang mengikut tahap iaitu bermula dengan tahap primitif, pemilikan, peradaban, kemakmuran dan kemunduran.
AUGUSTE COMTE :
Beliau telah menyebarkan pandangan ilmiahnya  melalui positivisme atau dikenali  sebagai filsafat sosial sebagai usaha untuk mengekang pemikiran negatif. Amalan positivisme mengamalkan teori-teori ilmiah tentang masyarakat melalui pengamatan dan percubaan. Kemudiannya,  didemonstrasikan dalam bentuk hukum-hukum perkembangan sosial. Aliran positivisme percaya bahawa kesatuan metode ilmiah mampu mengukur secara objektif mengenai struktur sosial. Beliau juga percaya apabila sesebuah masyarakat itu difahami , kehidupan sosial yang lebih baik dapat diperolehi. Perkara ini didasari dengan gagasan mengenai Teori Tiga Tahap Perkembangan Masyarakat. Antaranya ialah masyarakat berkembang secara evolusi dari tahap teologis (percaya terhadap kekuatan dewa), melalui tahap metafizik (percaya terhadap kekuatan abstrak) dan tahap positivistik (percaya terhadap ilmu sains).
KARL MARX :
Pendekatan sosiologi Karl Marx membuat kesimpulan mengenai idea pembaharuan sosial yang telah dibuktikan pada abad ini seperti sesebuah masyarakat dibangunkan dengan dasar konflik. Bahkan juga, masyarakat dianggap sebagai faktor dominan dalam membangunkan ekonomi. Ekonomi merupakan penggerak dasar bagi segala perubahan sosial. Selain itu, perkembangan dan perubahan sejarah yang berlaku selama ini tidak terjadi secara tiba-tiba tetapi atas hubungan manusia dengan faktor ekonomi. Beliau juga beranggapan bahawa seseorang individu tersebut sememangnya dibentuk oleh masyarakat namun masyarakat itu sendiri mampu berubah melalui tindakan rasional yang didiasari ilmiah.
EMILE DURKHEIM :
Melihat sosiologi dalam 2 perihal iaitu fakta sosial dan Solidaritis sosial (mekanis dan organik). Keseluruhan masyarakat merupakan sumber untuk menentukan kejayaan bagi lembaga pendidikan. Pendidikan merupakan hak umum dan berfungsi sebagai titik tolak bagi golongan yang kurang berkemampuan untuk mengubah taraf hidup kepada yang lebih baik. Pendidikan dijadikan sebagai medium untuk kesedaran moral dan sosial serta sebagai panduan yang stabil, disiplin utuh dan bermakna.
MAX WEBER :
Teori Max Weber menekankan agama sebagai faktor untuk sesebuah masyarakat itu berkembang menuju kapitalisme. Hal ini kerana, agama ialah agen utama dalam mengubah sesuatu. Pandangan lain beliau adalah mengenai perilaku individu yang mampu mempengaruhi masyarakat secara berkesan dan perkara ini dinamakan sebagai tindakan sosial. Menurut beliau, tindakan sosial dapat diadaptasikan apabila idea, niat, nilai dan kepercayaan difahami serta menganggapnya sebagai sebuah bentuk motivasi sosial.
GEORGE HERBERT MEAD :
Merupakan tokoh penggerak bagi teori interaksionisme simbolik yang menggunakan gambaran pembentukan atau pertumbuhan diri manusia. Menurutnya, tahap sosialisasi mempunyai 3 tahap iaitu tahap bermain (play stage), tahap permainan (game stage) dan tahap pengambilan peranan individu lain (taking the role of other). Belia menyatakan bahawa interaksi manusia dengan alam sekeliling tidak berlaku secara langsung. Sebaliknya, manusia berinteraksi denga kejadian yang memberi makna mahupun benda yang berada di persekitaran mereka.
_KONSEP SOSIALISASI_
Terdapat beberapa tokoh yang menjelaskan mengenai maksud sosialisasi. Antaranya ialah :
  • Charlotte Buhler
Sosialisasi adalah proses yang membantu individu belajar dan menyesuaikan diri, bagaimana cara hidup dan berfikir agar dapat berfungsi dalam kelompoknya sendiri.
  • Bruce J. Cohen 
Sosialisasi adalah proses-proses manusia mempelajari tata cara kehidupan dalam masyarakat untuk memperoleh keperibadian dan membangunkan masyarakat agar berfungsi dengan baik sebagai individu mahupun sebagai anggota sesuatu kelompok.
  • Peter Berger
Sosialisasi adalah suatu proses di mana seorang kanak-kanak yang belajar sehingga menjadi anggota yang mampu menyumbang dalam sesebuah masyarakat.
_PENGERTIAN SOSIALISASI_   
Sosialisasi merupakan suatu proses belajar yang berlangsung sepanjang hidup manusia sejak individu dilahirkan sehingga tua yang memainkan peranannya dengan berfungsi secara kelompok.
Manusia tidak dapat hidup secara sendiri dan setiap individu mempunyai perbezaan yang tersendiri maka sosialisasi wujud untuk menimbulkan unsur kerukunan, persatuan dan hidup saling menghargai.
_TUJUAN SOSIALISASI_
  1. Memberikan keterampilan dan pengetahuan kepada seseorang untuk hidup secara bermasyarakat.
  2. Mengembangkan kemampuan seseorang untuk berkomunikasi  lebih efektif dan efisien.
  3. Menanam nilai-nilai dan kepercayaan kepada seseorang yang mempunyai tugas yang tersendiri dalam masyarakat.