Sunday, June 23, 2019

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS3014

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS3014 Pengurusan Pembelajaran. Di sini saya akan memilih seorang watak daripada kumpulan N. 

Watak dalam kelas saya telah memilih seorang yang sudah saya kenal sebelum ini dan dia juga sekelas dengan saya.Di sini saya memilih seorang perempuan iaitu yang bernama Nur Izzatul Anin Bt Salmee.Anin adalah nama panggilan saya terhadapnya.Anin merupakan seorang gadis yang bertubuh kecil molek.Seorang yang berkaca mata,berkulit hitam manis dan seorang yang sangat pemalu.Anin berasal dari Beseri,Perlis.

Sebab saya memilih Anin sebagai watak ialah kerana dia baik hati orangnya.Bukan itu sahaja,dia juga rajin,tegas dan suka menolong orang dalam kesusahan.Apabila saya menghadapi masalah dalam kerja amali dan assignment,Anin dengan rela hati menolong saya dan tak kedekut ilmu.Anin telah banyak menolong saya dalam mengajar apa yang saya tidak faham dalam pembelajaran.Anin juga ialah amat cermat orangnya..hehe..itu sahaja daripada saya..sekian terima kasih.




PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


Keratan akhbar di atas diperoleh daripada akhbar Utusan Online yang bertajuk "Ambil dadah untuk hadapi peperiksaan."Menurut akhbar tersebut,Gara-gara mahukan 'tenaga' tambahan untuk mengulangkaji pelajaran pada saat-akhir bagi menghadapi peperiksaan di universiti, seorang lelaki terjebak dengan penyalahgunaan dadah jenis syabu dan menjadi penagih selama bertahun-tahun lamanya.Bekas pelajar lepasan Diploma Perniagaan dan Pengurusan itu berkata, hampir 50 peratus rakannya di universiti mengambil syabu kerana percaya dadah itu mampu memberi tenaga bagi membolehkan mereka bersengkang mata mengulang kaji pelajaran sepanjang musim peperiksaan.

Jika didapati terdapat pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, langkah yang patut diambil selain terdapat dalam buku kecil adalah ibu bapa/ penjaga pelajar mesti diberitahu segera, manakala pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat, kaunseling individu/berkelompok bagi mengubah tabiat ini. Selain itu, ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi manakala sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah, Rawatan dan Pemulihan, Perubatan, polis, PIBG, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah, PEMADAM, dan lain-lain.

     Kementerian Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggugjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanamkan perasaan benci, jijik, dan jelak dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. Untuk tujuan tersebut, KPM telah melancarkan Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) yang merupakan satu daripada program pencegahan dadah di mana  dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, peraduan melukis poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log. Seterusnya, mengharamkan pensil yang berbentuk suntikan ke sekolah, pelancaran program cuma limat minit Anti Dadah , dan pelaksanaan ujian urin di sekolah di mana pelajar yang dipilih adalah secara rawak.

PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


Keratan akhbar di atas diperoleh daripada Sinar Harian yang bertajuk "Dana PIBG selalu tak cukup."DANA Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) untuk melaksanakan sebarang program atau membaiki infrastruktur sekolah sentiasa tidak mencukupi kerana sikap ibu bapa yang enggan memberikan sumbangan.Yang Dipertua PIBG SK Seksyen 27 (2), Mohd Zamri Mohd Yusoff berkata, ia akan menyebabkan PIBG tidak dapat menyediakan lebih banyak aktiviti selain menyebabkan pelajar tidak dapat belajar dalam persekitaran selesa kerana masalah infrastruktur.

PIBG atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan satu persatuan yang penting dalam sekolah. Di mana hubungan sekolah dan masyarakat merupakan satu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga interaksi luar sekolah. Berikut ialah bentuk jalinan tiga dimensi interaksi sekolah,

 Di sekolah tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, dan murid. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah misalnya faktor kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faltor dalaman adalah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbangkan kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Berikut adalah hubungan tiga dimensi sekolah-ibu bapa-komuniti dalam mencapai matlamat sekolah.

  Hubungan tiga dimensi antara sekolah,ibubapa, dan masyarakat dapat membentuk perkongsian pintar kerana dapat mencapai matlamat atau objektif yang sama, perlu ada hubungan yang mantap dan akrab, dann gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat. Antara kepentingan perkongsian ini adalah, masyarakat dan sekolah salin memerlukan, sekolah sebagai agen perubahan masyarakat, masalah masyaralat merupakan masalah sekolah juga, dan budaya adalah hak masyarakat. Hubungan Sekolah dan Ibu Bapa (PIBG) di mana ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

     Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Selain itu, peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pecapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.


PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Keratan akhbar di atas diperoleh daripada akhbar Utusan Online yang bertajuk "Pendidikan Khas realisasi matlamat inklusif."Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan tiada murid yang tercicir dan dinafikan hak daripada mendapat pendidikan berkualiti dan inklusif.Dalam hal berkenaan, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk memastikan golongan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di negara ini mendapat akses dan keperluan prasarana pendidikan yang lengkap dan sewajarnya.Bahkan usaha dan komitmen berterusan Bahagian Pendidikan Khas membangunkan golongan MBK terbukti tidak meletakkan mereka sebagai liabiliti sebalik­nya menjadi sebahagian daripada sumber modal insan negara.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian menitikberatkan ke­perluan prasarana untuk golongan MBK dengan melengkapkan sekolah-sekolah kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) meliputi kemudahan parkir OKU, susur landai (ramp), susur tangan (railing) dan tandas mesra OKU.Melalui Inisiatif Pe­ningkatan Akses kepada Pendidikan Inklusif Berkualiti, Bahagian Pendidikan Khas juga mengatur pelbagai aktiviti untuk mencapai pendi­dikan inklusif yang ber­kesan setanding dengan negara-negara maju.
Dalam sekolah pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bilik darjah biasa atau kelas perdana. Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa ditempatkan dalam bilik darjah sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap (Lerner, 2000). Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.  

   Seterusnya, pelajar bermasalah pembelajaran juga boleh pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber juga merupakan seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat membina pengajaran individu serta berkerjasama secara efetif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan juga cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Keratan akhbar diatas diperoleh daripada akhbar Utusan Online yang bertajuk "Cabaran Pendidikan Silang Budaya."MENGINTEGRASIKAN penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar sosiobudaya adalah cabaran semenjak kemerdekaan negara. Menyedari hakikat itu, pelbagai konsep dan kempen ke arah pengintegrasian telah dilakukan seperti identiti nasional, bangsa Malaysia, jati diri kebangsaan sehinggalah kepada 1Malaysia.Sejarah telah menunjukkan bahawa hasrat tersebut dirangka dengan rapi dan sistematik terutama dalam bidang pendidikan. Penggubalan kurikulum standard, penubuhan Sekolah Wawasan, pengenalan pembelajaran bahasa ketiga, Rancangan Integrasi Murid untuk perpaduan (RIMUP) serta kurikulum untuk perpaduan adalah antara usaha-usaha yang dilakukan sejak dari dulu lagi.


DEFINISI PELBAGAI BUDAYA.

  • Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sesebuah organisasi dan masyarakat,mengakui dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA BERKESAN:
  1. Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.
  2. Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran kognitif dan afektif.
  3. Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.

PENDEKATAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA:
  1. Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar.
  2. Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar.

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT


Berdasarkan keratan akhbar diatas,Tanggungjawab guru sebagai pendidik, pembimbing dan pembentuk akhlak murid tidak akan terhenti sampai bila-bila.Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata namun, guru pada masa kini berdepan cabaran yang lebih hebat susulan perkembangan teknologi, pendedahan yang lebih luas dalam kalangan murid dan harapan ibu bapa yang berbeza membawa kepada perlunya pendekatan yang lebih dinamik.Idris berkata, beliau sentiasa mengatakan bahawa guru adalah kerjaya yang suci dan mulia kerana mereka ibarat pelukis dan anak muridnya umpama kain putih yang bakal dicorakkan dengan ilmu dan akhlak melalui didikan yang diberi.

Bimbingan di sini bermaksud suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan, dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966). Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Manakala, menurut Zuraidah (1994), penasihatan berpendapatan memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. 

Proses bimbingan dan penasihatan mempunyai 5 fasa iaitu Fasa 1 (kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar), Fasa 2 (menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan), Fasa 3 (proses mengenali pelajar), Fasa 4 (proses membimbing pelajar), dan Fasa 5 (analisis penilaian).

PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


Keratan akhbar di atas diperoleh daripada akhbar Harian Metro yang bertajuk "Murid lencun bumbung kelas tercabut."Menurut akhbar tersebut,seramai 18 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, Arau yang sedang belajar basah kuyup selepas bumbung kelas tercabut akibat ribut, hari ini.Guru Besarnya, Azhar Darus berkata, dalam kejadian 8 pagi itu, semua murid berkenaan baharu masuk ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran subjek Bahasa Melayu.

BILIK PEMBELAJARAN:

  • Umumnya, bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru dan pelajar.
  • Khususnya, ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • Biasanya mempunyai perabot meja (guru dan pelajar),almari,papan kenyataan dan papan hitam/putih.
  • Bagi mata pelajaran tertentu,perabot dan dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan.

Bilik pembelajaran merangkumi bilik darjah, makmal sains, bilik PSV, bilik muzik, Makmal ICT, bengkel, dan bilik gynasium. Manakala carta organisasi secara umumnya adalah terdiri daripada Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC), Pengurusan dan Penyelenggaraan, Pengurusan Stok, Keselamatan, dan Kebersihan & Keceriaan. Bilik pemeblajaran selalunya mempunyai terapeutik, perabot yang sesuai, bahan PdPc, alat PdPc, peralatan mengikut subjek, bahagian pameran, singki, stor & bilik persediaan, poster, dan papan maklumat.